Pages

Saturday, 10 September 2011

Apa itu Android ?

              




             Android ialah satu OS atau sistem operasi yang dimiliki dan di bina oleh GOOGLE dengan kerjasama beberapa pembangun dan pengeluar peralatan elektronik.Ia dibangunkan dengan lesen terbuka ( Open Source ).

Apakah yang di maksudkan dengan "Open Source" dalam Android ?
            Lesen terbuka bermaksud segala program iaitu Source code bagi membina platform sistem operasi Android ini boleh diperolehi dan di gunakan oleh sesiapa tanpa halangan dan pihak GOOGLE tidak akan menuntut hak atau royalti di atas penggunaan platform ini.Ini memberi kelebihan kepada mana-mana syarikat yang ingin menggunakan platform ini memberi sentuhan mereka sendiri dan mengubah source code sedia ada bagi membangunkan produk mereka mengikut citarasa mereka sendiri.Ini juga memberikan peluang kepada orang perseorangan yang mempunyai kepakaran untuk mencipta aplikasi atau program mereka sendiri dan boleh menjualnya tanpa apa-apa syarat dari GOOGLE dan menjadi antara beribu pembangun aplikasi Android.

            Selain daripada itu, akan terdapat banyak variasi sistem ( custom ROM ) yang di ubahsuai oleh pengguna contohnya seperti Cyanogen.

Apakah yang menarik tentang Android ?

1. Tahukah anda hasil daripada lesen keterbukaan ini menyebabkan aplikasi bagi Android akan berkembang dengan sangat pantas?.Selain daripada itu ia akan diguna pakai dalam banyak perkakasan bimbit oleh pelbagai jenama kerana kepenggunaannya yang tidak terhad.Contoh penggunaan yang terhad adalah seperti I Phone daripada Apple,OS yang di gunakan pada  I phone walaupun berkuasa dan menarik tetapi jenama bagi platform  itu adalah terhad kepada Apple sahaja.Ini menyebabkan pengguna tiada pilihan untuk membeli dari jenama lain selainnya.

2. Akibat daripada perkembangan aplikasi yang boleh di muat turun yang begitu banyak dan semakin bertambah, GOOGLE telah menyediakan Android Market untuk perkakasan yang menggunakan platform mereka.Android Market menyediakan banyak program yang boleh di muat turun secara terus melalui sambungan internet pada peralatan Android.Android Market menempatkan segala aplikasi yang di bangunkan oleh pengeluar-pengeluar aplikasi dan pembamgun aplikasi perseorangan.